Ketua kesihatan dibaling wang, penduduk berang tahan jenazah orang miskin

5 Oct 2026 • 11:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ketua kesihatan dibaling wang, penduduk berang tahan jenazah orang miskin

JAKARTA – Ketua Jabatan Kesihatan Jawa Timur, Dr. Saifudin, berdepan detik memalukan apabila ditaburi wang kertas oleh penduduk yang marah selepas dua jenazah warga miskin didakwa ditahan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD)  kerana  keluarga  gagal melunaskan tambang perkhidmatan ambulans, lapor laman berita Kompas.

Berpuluh-puluh orang awam berhimpun Pejabat Pentadbiran  Pamekasan. Mereka kemudian berjumla  Saifudin dan Setiausaha Daerah, Taufikurrachman.

Pada waktu  itulah, Saifudin ditaburi wang oleh penduduk, baru-baru ini. 

Aktivis  kesihatan yang membantu keluarga mangsa, Iwan Mahardika berkata, aksi itu merupakan simbolik bantahan terhadap  penahanan jenazah warga miskin akibat tidak mampu membayar kos ambulans. 

“Kami menyumbang kos membawa pulang jenazah melalui Ketua Dinas Kesihatan. 

“Ini kerana pihak berkuasa belum mampu membantu pesakit yang meninggal dunia akibat tidak mampu membayar tambang ambulans,” katanya. 

Isu ini mencetuskan kemarahan orang awam selepas jenazah dua warga miskin, iaitu Saumi, 45 dari Desa Larangan Badung dan Ummiyah, 72 dari Desa Konang, dilaporkan tersangkut di RSUD Smart. 

Kedua-dua mangsa merupakan golongan kurang berkemampuan yang tersenarai dalam kategori miskin  tegar  dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan. – AGENSI

The post Ketua kesihatan dibaling wang, penduduk berang tahan jenazah orang miskin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved