Ambulans bawa pesakit terbabas, langgar pokok

23 Mar 2025 • 8:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lima cedera setelah ambulans dinaiki dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok Foto: Polis

MARANG - Empat kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pesakit cedera setelah ambulans dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 49 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 malam tadi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika ambulans tersebut dalam perjalanan dari Hospital Kemaman ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Kenderaan tersebut dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun bersama seorang doktor wanita berusia 28 tahun, dua jururawat dan seorang pesakit berumur 21 tahun.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar belakang sebelah kiri ambulan itu pecah menyebabkan kenderaan tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok di kiri jalan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Akibat kemalangan itu, Mohd Sofian berkata, pemandu ambulans dan kesemua penumpang mengalami kecederaan ringan.

"Kesemua mangsa telah dihantar ke HSNZ untuk menerima rawatan lanjut," ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 09-681222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved