Remaja maut motosikal langgar penghadang besi

21 Mar 2025 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan motosikal ditunggang mangsa. Foto IPD Kota Tinggi

image is not available
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 19.3, Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi pada Khamis. Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 19.3, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, polis menerima makluman mengenai kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 8.40 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Sungai Rengit menuju ke Kota Tinggi.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas dan melanggar penghadang jalan.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

**media[3054734]**

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutama pada musim hujan yang boleh menyebabkan jalan licin dan meningkatkan risiko kemalangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hafizi Said di talian 07-8831222 sambungan 5153.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved