Konsol Sony seterusnya PlayStation 6 (PS6) dilaporkan akan menggunakan cip yang dikeluarkan oleh AMD. Menurut laporan Reuters, AMD mengalahkan bidaan oleh Intel dan Broadcom untuk kontrak yang sama. Antara sebab AMD dipilih ialah bagi memastikan PS5 boleh menjalankan katalog permainan PS4 dan PS5.

Meneruskan sokongan permainan lama adalah perlu kerana Sony tidak mahu mengulangi kesilapan PS3 yang menggunakan cip Cell yang berasaskan NVIDIA yang menyebabkan permainan konsol ini tidak dapat dimainkan pada konsol selepasnya. Kontrak dipercayai diberikan kepada AMD pada tahun 2022.
Walaupun AMD memenangi bidaan ini, PS6 hanya dijangka dilancarkan empat tahun daripada sekarang kerana kitar 8 tahun untuk setiap generasi konsol. PS5 Pro yang baru sahaja diumumkan dua minggu lalu akan dijual bermula November depan.
Kegagalan memenangi kontrak Sony ini dipercayai adalah antara faktor mengapa Intel mengalami kerugian sehingga perlu mengurangkan ribuan tenaga kerja dan kini memisahkan perniagaan faundri daripada syarikat induk.

