AMD Dijangka Akan Memperkenalkan Memori 3D V-Cache Untuk Penawaran CPU Dan APU Lain

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AMD baru-baru ini telah melancarkan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 9800X3D mereka yang tampil dengan penambahan memori 3D V-Cache yang dilihat membantu khususnya dalam membolehkan golongan gamer untuk mendapatkan nilai FPS yang lebih tinggi dan secara langsung menjanjikan pengalaman gaming yang lebih baik.

image is not available

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa AMD nampaknya berminat untuk menambahkan memori 3D V-Cache ini kepada lebih banyak produk lagi, khususnya CPU kelas workstation AMD Ryzen Threadripper dan juga cip pemprosesan APU mereka yang secara lazimnya diperlihatkan dalam binaan komputer berkuasa rendah.

image is not available

Perkara ini diperlihatkan melalui kemaskini kepada BIOS papan induk ASUS TRX yang memperlihatkan sokongan untuk 3D V-Cache, yang membawa maksud bahawa terdapat model AMD Ryzen Threadripper yang dikuasakan cip Zen 5 yang akan tampil dengan penambahan memori 3D V-Cache ini.

Dalam pada itu, berkemungkinan besar juga bahawa APU AMD dalam siri “Halo” (seperti Strix Halo) di masa hadapan juga akan hadir dengan menggunakan memori 3D V-Cache ini. AMD nampaknya sedar akan kelebihan penambahan cip memori ini ke dalam CPU-CPU mereka, tetapi oleh kerana teknologi ini cukup rumit, dan untuk menjamin kestabilan CPU mereka, ia hanya dimuatkan di dalam sejumlah kecil CPU AMD Ryzen setakat ini.