
Advanced Micro Devices (AMD) kini dilihat mencatatkan peningkatan harga saham selari permintaan semikonduktor yang meningkat, sekaligus menjadikan syarikat AMD kini mencapai nilai melangkaui $1 trilion.

Peningkatan harga saham ini selari dengan permintaan tinggi untuk cip AMD, selain CEO AMD sendiri sebelum ini menyatakan mereka menyasarkan jualan mereka untuk pusat data dijangka akan meningkat sekali ganda pada 2027 – sekaligus memperlihatkan permintaan cip yang tinggi, berbanding tahun ini.
Buat masa ini, AMD masih jauh dibelakang NVIDIA, yang dilihat mencatatkan permintaan tinggi untuk cip dan penawaran mereka. NVIDIA kini mempunyai nilai pasaran paling tinggi di dunia, mencapai $5.49 trilion, diikuti Apple pada tangga kedua dengan $4.94 trilion.






