Ameera Khan akui tak boleh hidup tanpa Jefri Nichol

EntertainmentLifestyle
20 Jan 2025 • 12:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan akui tak boleh hidup tanpa teman istimewanya, Jefri Nichol telah berjaya undang perhatian warganet.

Menerusi hantaran hantaran yang dimuat naik oleh Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan di Insta-Storynya, dia meluahkan perasaan romantik terhadap Jefri Nichol sambil berkongsi gambar mereka bersama.

Ameera Khan akui tak boleh hidup

image is not available

“Tak boleh hidup tanpa awak juga Jefri Nichol..,” ujarnya.

Terdahulu, Jefri Nichol yang juga merupakan aktor dari Indonesia telah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Januari bersama dengan Ameera Khan.

Mereka menjadi bualan hangat ramai apabila Ameera Khan ada memaklumkan bahawa hubungan mereka mendapat restu keluarga dan berharap supaya ia berkekalan.

Ameera Khan akui tak boleh hidup

image is not available

Dia juga pernah mengatakan menerusi siaran langsung di TikTok bahawa tidak kisah jika Jefri seorang ‘playboy’ kerana memandangkan pelakon itu seorang yang popular serta berpenampilan menarik.

Sumber: Instagram @Littlemisskhan