Ameera Khan Akui Tak Kesah Lihat ‘Babak Panas’ Kekasih Dalam Filem

EntertainmentMovie
4 Feb 2025 • 7:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ameera khan

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan, mendedahkan bahawa dia tidak kisah menonton babak intim kekasihnya, Jefri Nichol, dengan heroin dalam filem Jakarta vs Everybody.

Memetik laporan Kosmo, Ameera atau nama penuhnya, Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, berfikiran terbuka mengenai lakonan Jefri dalam filem tersebut. Namun, Jefri sendiri pernah menghalangnya daripada menonton adegan panas kerana rasa segan.

“Saya dah pernah tengok, dia je malu”- Ameera Khan.

image is not available

Dalam satu kenyataan, Ameera berkata Jefri tidak membenarkannya menonton babak panas itu ketika mereka menonton filem tersebut bersama.

image is not available

Saya menonton filem Jakarta vs Everybody dengan dia. Tapi apabila sampai dekat babak itu (panas), dia tak bagi tengok sebab malu dan saya cakap yang saya pernah tonton sebelum ini.

Mesti ramai orang ingat saya belum pernah tengok filem tersebut. Itu antara filem lakonannya yang sedikit ‘explicit’. Tapi tidak mengapa, sebab saya okey sahaja. Netizen yang tak okey,” katanya.

@chulooopapi

JAKARTA VS EVERYBODY sekarang udah bisa kalian tonton di @Bioskop Online! nontonnya di streaming yang legal, jangan di tele atau bajakan ya tot

♬ original sound – Jefri Nichol – Jefri Nichol

Sebelum ini, hubungan rapat Ameera dan Jefri menjadi bualan hangat netizen. Ada yang kurang senang dengan hubungan mereka, terutama selepas Jefri membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 wanita.

Namun begitu, hubungan mereka dikatakan sudah mendapat restu keluarga termasuk kakak dan ibu bapa Ameera.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.