“Saya okay, netizen yang tak okay” – Ameera Khan ‘Open Minded’ Tengok Babak Panas Lakonan Jefri Nichol

Entertainment
4 Feb 2025 • 12:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, pempengaruh Ameera Khan mengakui tidak kisah menonton filem Jakarta vs Everybody yang memaparkan babak intim kekasihnya itu dengan heroin, Wulan Guritno.

Ameera atau nama penuhnya, Nur Ameera Khan Abdul Halim Khan, 25 berkata, kekasihnya itu pada awalnya segan hingga menghalangnya menyaksikan adegan panas itu ketika mereka sama-sama menonton filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Saya menonton filem Jakarta vs Everybody dengan dia. Tapi apabila sampai dekat babak itu (panas), dia tak bagi tengok sebab malu dan saya cakap yang saya pernah tonton sebelum ini.

“Mesti ramai orang ingat saya belum pernah tengok filem itu. Itu antara filem lakonannya yang sedikit ‘explicit’.

“Tapi tidak mengapa, sebab saya okey sahaja. Netizen yang tak okey,” katanya.

image is not available

Hubungan Jefri dan Ameera bukan rahsia lagi selepas mereka dilihat banyak meluangkan masa bersama, meskipun ada peminat yang kurang menyukai keakraban mereka berdua.

Hal ini kerana, lelaki yang berusia 26 tahun itu kerap memberi pelbagai pengakuan yang mencetuskan kontroversi termasuklah pernah meniduri lebih 20 wanita dan pernah memakan daging babi.

Namun menurut Ameera, percintaan mereka telah mendapat restu keluarga termasuklah kakak serta ibu bapanya.

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik sahajalah buat Ameera dan Jefri.

Sumber: Kosmo

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.