Ameera Khan Dilihat Mesra, Letak Kaki Atas Riba Jefri Nichol Undang Perhatian Ramai

EntertainmentLifestyle
24 Apr 2025 • 10:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ameera Khan Jefri Nichol

Nama Ameera Khan kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila pempengaruh itu berkongsi momen romantis bersama kekasihnya, aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol di Instagram.

Menurut laporan Kosmo, Ameera dan Jefri dilihat menjalani pelbagai aktiviti bersama seperti bermain pickle ball, bersantai, malah makan bersama keluarga termasuk anak buah Ameera, Jebat Jayden yang duduk di atas riba Jefri.

Netizen pertikai kemesraan Ameera Khan dan Jefri Nichol tak bertempat

image is not available

Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian netizen ialah aksi mesra Ameera meletakkan kakinya di atas riba Jefri semasa makan bersama keluarga. 

Ramai mempertikaikan sama ada aksi itu wajar dilakukan di depan ibu bapa dan kakaknya, Neelofa yang sinonim dengan imej Muslimah berpurdah.

Depan mata mak bapak, kakak duk meraba macam ni… Orang yang dah bernikah pun tak over macam ni.

Ramai rasa mereka dah nikah?

image is not available

Disebabkan kemesraan yang begitu ‘berani’ dipamerkan, ada juga netizen mula membuat spekulasi bahawa mereka mungkin sudah bernikah secara senyap.

Aku rasa mereka ni dah nikah sebab tu berani buat macam tu di tempat awam.

Jefri ke KL, sempat shooting bersama

image is not available

Untuk info, Jefri kini berada di Kuala Lumpur dan dilihat terlibat dalam sesi penggambaran bersama Ameera. Hubungan mereka mula menjadi perhatian sejak tahun lalu apabila mereka secara terbuka mengumumkan status percintaan mereka.

Bercinta itu fitrah, tapi biarlah kena dengan adab dan budaya. Kalau benar sudah bernikah, alhamdulillah. Tapi jika belum, elakkan aksi keterlaluan yang boleh mengundang fitnah dan menyakitkan hati orang sekeliling.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.