Ameera Khan Diserang Netizen Indonesia, Didakwa Tak Terima Kekalahan Jefri Nichol

WorldEntertainment
11 Aug 2025 • 1:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia jefri Nichol

Nama personaliti media sosial, Ameera Khan kembali menjadi bualan hangat apabila dirinya diserang netizen Indonesia di ruangan komen media sosial.

Netizen Indonesia mendakwa Ameera tidak menerima kekalahan kekasihnya, Jefri Nichol dan menyindir El Rumi.

Kontroversi tercetus apabila Ameera memuji Jefri yang dianggapnya sebagai ‘a real man’ bukannya pengecut (emoji anak kucing).

Hantaran Ameera undang perhatian

image is not available

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai netizen Indonesia tampil melepaskan rasa tidak puas hati mereka.

Ada yang melabel Ameera sebagai ‘self-centered’, malah ada yang mempersoalkan mengapa selebriti Malaysia itu perlu terlibat dalam isu berkaitan El Rumi (anak Ahmad Dhani).

Komen pedas dan sindiran balas kepada Ameera

image is not available

Netizen Indonesia menasihati Ameera supaya lebih matang menerima kekalahan bukannya menyindir pihak lawan.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada uga netizen yang mempertahankan Ameera dengan mengatakan bahawa komen negatif dari Indonesia tidak memberi kesan kepadanya.

Pssttt! Minta Ameera Khan untuk jadi matang tapi netizen Indonesia pun tak matang bila buat serangan secara personal kan..

Kredit: Instagram Ameera Khan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.