Filem Animasi Merah Putih Dikecam, Netizen Indonesia Dakwa Kualiti Macam Budak Sekolah

WorldEntertainment
11 Aug 2025 • 5:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan jumlah kos yang dibelanjakan.

Kualiti filem macam budak sekolah

image is not available

Filem Animasi bertajuk Merah Putih: One For All itu mula ditayangkan di seluruh negara pada 14 Ogos dengan mengangkat tema kebangsaan negara Indonesia pada tahun ini buat julung kalinya.

Dikatakan filem itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2.03 juta namun hasilnya amatlah mengecewakan kerana kemahiran suntingan yang lemah dan sangat tidak menarik.

image is not available

Menelusuri ruangan komen, warganet menyifatkan pembikinan filem animasi itu dilakukan secara sambalewa seperti dilakukan oleh kanak-kanak dan bukanya badan profesional.

Malah ada juga wargamaya membandingkan filem itu dengan animasi negara luar yang jauh berbeza kualitinya dan ada juga yang mendakwa penghasilan filem ini bertujuan bagi mengaburi kerja-kerja haram serta rasuah melibatkan para menteri kerajaan negara itu.

Budak sekolah ke buat?

image is not available

Baru draft atau dah siap?

image is not available

Filem buat tutup kes

image is not available

image is not available

Untuk info, Animasi Merah Putih berlatarkan sebuah kampung yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

Sekumpulan kanak-kanak telah dipilih untuk membentuk pasukan bagi menjaga bendera keramat yang akan dinaikkan semasa upacara 17 Ogos nanti.

Sumber: X Habis Nonton Film