Ameera Khan Jawab Spekulasi Kini Bercinta Dengan Tengku Bakar, Perjelas Ciri Lelaki Idaman – “Kekasih Saya Perlu Baik Dan Kaya”

EntertainmentLifestyle
9 Feb 2026 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selebriti media sosial, Ameera Khan, mengakui mengutamakan keperibadian yang baik serta kestabilan kewangan dalam memilih bakal suami demi mengekalkan gaya hidupnya.

Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan dilihat menjawab beberapa soalan netizen berkaitan jodoh dan kriteria pasangan hidup idamannya.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut Ameera, dua ciri utama itu menjadi keutamaan selain seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke arah yang lebih baik.

“Baik dan kaya. Itu yang paling penting buat saya. Sebab lelaki itu perlu maintain saya.”

“Yang soleh, yang boleh bimbing saya, tolonglah bimbing saya. Saya cari seseorang yang boleh bimbing saya.”

“Yang sayang saya dan keluarga. Hormat saya, mommy dan daddy, adik beradik, serta sepupu. Terutama yang rapat dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ameera turut menjawab dakwaan mengenai dirinya yang dikatakan mempunyai kekasih baharu dipercayai Tengku Bakar selepas dipercayai hubungannya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol, telah berakhir.

View this post on Instagram

“Gossip yang mana satu? Banyak sangat. Itu saing (kawan).”

“Kekasih saya sekarang belum tahu lagi. Saya akan update nanti. Saya belum membuat keputusan. Saya sudah move on lama sebelum saya tinggalkan dia,” jelasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-09 13:30:27

"Jijik Dan Tidak Bermaruah" - Mimi Lana Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Susulan Pendedahan Ibu Puteri Balqis

The post Ameera Khan Jawab Spekulasi Kini Bercinta Dengan Tengku Bakar, Perjelas Ciri Lelaki Idaman – “Kekasih Saya Perlu Baik Dan Kaya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.