Amelia Christie Akhirnya Sahkan Tak Ada Hubungan Lagi Dengan Sharnaaz Ahmad

Entertainment
12 Mar 2024 • 8:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Amelia Christie Sharnaaz Ahmad

Status hubungan pasangan selebriti, Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie menjadi tanda tanya sehingga kini.

Terbaru! Menurut laporan mStar, Amelia akhirnya mengesahkan yang dirinya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Sharnaaz.

Saya single. Saya okay dengan soalan itu sebab kita kena bagi tahu kita single.

Bukan tu jer, Amelia juga mengaku idamkan seorang lelaki baik dan sopan santun sebagai pasangan hidup.

Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati.

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon, Sharnaaz Ahmad tidak mahu berkongsi apabila ditanya mengapa saling ‘unfollow’ akaun media sosial dengan Amelia Christie.

Sharnaaz juga ada perjelas mengenai kenyataannya sebelum ini yang berkata sejak awal lagi dia tidak mengiyakan hubungan cinta mereka ketika ditemu bual tempoh hari.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.