Amelia Henderson bengang rantai loket salib dipersoal, minta netizen fokus isu lain

Entertainment
17 Apr 2024 • 9:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengacara Amelia Henderson bengang apabila rantai leher dipakainya dipersoal netizen dengan mengatakan ia seperti loket salib.

Malah, aktres berusia 28 tahun itu turut meminta warganet berhenti berbalah sesama mereka mengenai rantai loket yang dipakainya, baru-baru ini.

image is not available

Amelia Henderson bengang, banyak lagi isu penting

Amelia Henderson meluahkan rasa bengang dengan menyatakan ada banyak lagi isu penting yang boleh diperbincangkan oleh orang ramai dan bukannya aksesori dipakainya sewaktu dalam video bersama pelakon, Aedy Ashraf.

“Saya sebenarnya tidak mahu membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah. Jangan ganggu saya.
“Saya tak faham, banyak perkara buruk berlaku di dunia kita sekarang, sebaliknya orang ramai bising melihat rantai saya?”persoalnya dalam ciapan di platform X, hari ini.

image is not available

Amelia tampil bersuara selepas salah seorang pengguna aplikasi X membuat ciapan dengan meluahkan kehairanan apabila aktres itu menerima kecaman.

Jelas individu berkenaan, rantai yang dipakai oleh pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu tidak memakai loket lambang salib, sebaliknya ia merupakan loket ballerina.

image is not available

Sumber: X ameliath