“Terlampau taksub” – Dipersoal Pakai Rantai Loket Salib, Netizen Tunjuk Foto Sebenar Rantai Amelia Henderson

Entertainment
17 Apr 2024 • 5:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson telah menjadi tumpuan orang ramai berkenaan dengan rantai yang dipakainya itu dikatakan satu simbolik kepada agama lain.

Dia menggayakan rantai berkenaan ketika melakukan satu sesi podcast bersama pelakon Aedy Ashraf. Dalam video tersebut, netizen terperasan rantai yang digayakan oleh Amelia Henderson itu seperti tanda salib.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dengan tindakan Amelia kerana memakai rantai tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Disebabkan isu ini menjadi buah mulut orang ramai, ada warganet tunjukkan gambar sebenar rantai tersebut. Selepas melihat rantai tersebut dari dekat ia ternyata bukanlah berbentuk salib tetapi ia adalah bentuk ballerina.

Biarpun ada yang sudah mendapat makluman dengan jelas ada juga yang masih mempertikaikan tindakan Amelia Henderson memilih untuk menggayakan rantai tersebut. Bagaimanapun, majoriti menyebelahi Amelia Henderson bagi menepis kecaman netizen lain yang terlalu taksub.

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.