Amelia Henderson Syukur Kes Mahkamah ‘Settle’, Bakal Berkahwin Dengan Aedy Ashraf? – “Saya Akan Umumkan Nanti…”

1 Nov 2023 • 1:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Amelia Henderson bersyukur kes mahkamah berhubung pelanggaran kontrak dengan syarikat milik Datuk A. Aida sudah berakhir dan akui kini mahu fokus pada kerjaya.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Amelia berkata dia bukanlah seorang yang keras kepala seperti dikatakan sesetengah pihak namun hanya mempertahankan dirinya.

Saya bangga dengan diri saya, dalam kehidupan ini kalau kita cuba sedaya upaya dan buat terbaik, apsti hujungnya ada keadilan. Itulah yang berlaku pada saya.

image is not available

Dalam pada itu, Amelia berkata dia mahu ‘move on’ dengan episod kehidupannya yang ini namun menjelaskan belum mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Saya baru sahaja masuk 28 tahun, Setakat ini tiada perancangan apa-apa, macam yang saya cakap, kita tak boleh rancang apa-apa sangat dalam kehidupan.

Jika ada berita seperti itu (berkahwin), saya akan umumkan nanti, setakat ini memang tiada.

image is not available

Hubungan mesra Amelia dengan aktor Aedy Ashraf hangat dibualkan dan peminat menyukai pasangan itu serta mendoakan mereka ke jinjang pelamin.

image is not available 6 days ago

Kes Mahkamah: A Aida Berputih Mata, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar Ganti Rugi RM200,000