Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) mengumumkan larangan robot humanoid, robot berkaki empat dan model inverter kuasa berhubung baharu buatan China daripada memasuki negara mereka semalam menurut laporan Reuters.
Pengharaman dilakukan bagi melindungi rantaian bekalan kecerdasan buatan (AI) Amerika daripada risiko keselamatan, gangguan, kecurian data, dan serangan siber. Penggunaan tiga perkakasan buatan China ini dilihat Peranti ini dianggap boleh mewujudkan kerentanan sekuriti dalam infrastruktur tempatan. Pada waktu yang sama ia menggalakkan penggunaan robot dan kelengkapan tenaga buatan tempatan.

Larangan berkuat kuasa secara serta-merta dan hanya terpakai kepada model baharu sahaja. FCC masih mempunyai kuasa untuk membatalkan kelulusan model lama yang sudah berada di pasaran. Kedutaan China mengecam tindakan Amerika dengan menyifatkannya sebagai “menyebar fitnah” dan mengancam akan mengambil tindakan balas yang perlu.
Syarikat China seperti Unitree lebih awal menawarkan robot humanoid mereka ke pasaran global berbanding syarikat seperti Tesla. Ia muncul dalam pelbagai video tular melakukan kerja, menjadi khadam di rumah, bertinju, melakukan perjalanan jauh dan menjadi kandungan pempengaruh di Amerika Syarikat.
Seperti kelengkapan telekomunikasi, penghala, EV dan dron, teknologi robotik China pula menerima sekatan kerana dilihat mengancam keselamatan Amerika. Sungguhpun begitu penganalisa melihatnya sebagai usaha Amerika Syarikat untuk menghalang teknologi China yang daripada mendominasi pasaran tempatan. Dron DJI dan Autel diharamkan selepas ia memegang lebih 70% pasaran Amerika menyebabkan syarikat dron tempatan gulung tikar.


