Amerika Ingin Mengawal Jualan Cip AI Ke Negara Timur Tengah

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas menghalang jualan cip kecerdasan buatan (AI) ke lebih 40 negara seperti China, Amerika Syarikat kini dilaporkan ingin mengawal jualannya ke negara-negara Timur Tengah pula. Menurut laporan Bloomberg, pentadbiran Presiden Biden ingin mengawal jualan cip berteknologi tinggi demi menjaga keselamatan negara.

image is not available

UAE dan Arab Saudi adalah dua negara Timur Tengah yang sedang giat membangunkan infrastruktur AI mereka sejak setahun kebelakangan ini. Dengan dana yang hampir tiada had, kedua-dua negara ingin membangunkan AI tersendiri tanpa bergantung kepada AI buatan negara luar. Ini dilihat boleh menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat dalam jangka masa panjang.

Pada waktu yang sama muncul laporan saintis yang diambil bekerja di Timur Tengah adalah warga China yang terpaksa berhijrah kerana sekatan jualan cip AI yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Muncul kerisauan ini akan memberikan China akses kepada teknologi yang dihalang.

Menerusi halangan yang sudah dikenakan ke atas China, bukan sahaja cip AI terkini keluaran NVIDIA dan AMD tidak lagi boleh dijual tetapi mesin yang dikeluarkan oleh Belanda serta Jepun juga dihalang. Mesin sedia ada pula tidak akan disokong bagi mengelakkan ia diubahsuai untuk menghasilkan cip dengan teknologi lebih terkini.