“Saya Percaya Ramai Rakyat Malaysia Akan Pergi Ke Thailand..” – Berlaku Pengeboman, KP Negara Minta Rakyat Kaji Situasi Negara Dahulu

15 Oct 2024 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, terdapat tujuh serangan dan pengeboman yang berlaku di wilayah selatan Thailand yang berlaku pada 9 dan 10 Oktober yang lalu.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berpesan kepada rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke sempadan Thailand untuk membuat perancangan dengan baik dan sentiasa berjaga-jaga.

image is not available

Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang ini.

Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia kalau boleh elakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan.

image is not available

Beliau juga meminta rakyat Malaysia untuk ‘membaca’ situasi terkini yang membabitkan negara yang ingin mereka lawati.

Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel yang lain di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Tak Ada Otak Ke.." - Bawa Anak Kecil Bercuti Camping/Glamping, Individu Berang Ibu Bapa 'BBNU' Ramai Pentingkan Diri