Amerika Ingin Menghalang Syarikat China Membeli Cip AI Menerusi Subsidiari

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika mengenakan sekatan ke atas syarikat China daripada membeli cip kecerdasan buatan (AI) keluaran NVIDIA dan AMD. Menurut mereka ini dilakukan bagi mengelakkan cip yang menggunakan teknologi Amerika diakses oleh pihak tentera China. Menurut laporan Reuters, Amerika kini ingin menghalang pula pembelian cip AI dan peralatan menghasilkan cip menggunakan syarikat subsidiari.

image is not available

Syarikat China dilaporkan membeli cip AI dan kelengkapan menghasilkan cip menerusi subsidiari yang tidak terletak dalam China. Dengan ini halangan teknologi yang dikenakan boleh dipintas kerana ia tidak melanggar undang-undang sedia ada. Halangan baharu ini dijangka akan diumumkan pada bulan ini.

Turut sedang dipertimbangkan ialah menghalang syarikat China daripada mengakses kemampuan cip yang sama menerus perkhidmatan perkomputeran awanan seperti Amazon Web Services (AWS). Kemampuan China dalam bidang teknologi ingin dikekang keran mereka dilihat sebagai pencabar terdekat kepada Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat.