Amerika Kini Menghalang Huawei Membeli Cip Intel Dan Qualcomm

TechnologyDigital
8 May 2024 • 8:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika Syarikat hari ini menarik lesen yang membenarkan Huawei membeli cip keluaran Intel dan Qualcomm menurut laporan Bloomberg. Langkah diambil bagi mengekang Huawei daripada mengakses cip dengan kemampuan AI seperti siri Intel Core Ultra yang dilengkapi NPU.

Penarikan lesen membeli cip ini adalah satu halangan terkini yang dikenakan ke atas Huawei yang dimasukkan ke dalam senarai entiti sejak 2019. Sebelum ini kami ada melaporkan ura-ura pentadbiran Presiden Biden akan menghalang jualan cip Intel kepada Huawei.

image is not available
Huawei MateBook X Pro

Baru sahaja semalam Huawei MateBook X Pro dilancarkan dan ia sudah boleh dipratempah di Malaysia hari ini. Halangan membeli cip Qualcomm pula mungkin untuk mengelakkan Huawei mengakses cip Snapdragon X Elite yang juga dilengkapi NPU untuk menjalankan AI terus pada mesin.

Impaknya ke atas Huawei pastinya adalah besar kerana majoriti komputer riba yang ditawarkan mereka menggunakan cip Intel. Tahun lalu mereka menjual Huawei Qingyun L540 hanya di China dengan cip Kirin 9006C rekaan sendiri. AMD telah lama tidak dibenarkan menjual cip kepada Huawei yang menyebabkan mereka memfailkan rungutan kerana dikatakan tidak adil.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved