Amerika Menyalahkan AI Susulan Serangan Sekolah Di Minab, Iran Ragut 123 Nyawa Pelajar

WorldTechnology
21 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada 28 Februari lalu, seramai 178 warga Iran terkorban dengan 123 daripadanya adalah pelajar sekolah selepas diserang peluru berpandu yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat. Dua peluru berpandu Tomahawk membedil Sekolah Rendah Shajarah Tayyebeh di Minab, Iran dengan pada peringkat awal Amerika mendakwa ia bukan salah mereka tetapi adalah peluru berpandu yang dilancarkan sendiri oleh Iran.

Image from: Amerika Menyalahkan AI Susulan Serangan Sekolah Di Minab, Iran Ragut 123 Nyawa Pelajar

Tetapi dalam laporan yang diterbitkan sendiri oleh Pentagon, mereka mengesahkan mereka bertanggungjawab. Kesilapan berlalu keran terlalu bergantung maklumat tidak lengkap, gambar yang sudah ketinggalan zaman dan terlalu bergantung kepada kecerdasan buatan (AI).

Laporan turut menyatakan bahawa sesetengah anggota Markas Pusat AS terlalu bergantung kepada sistem AI Maven keluaran Palantir untuk mengesan maklumat perisikan yang lapuk atau tidak konsisten. Sekolah di Minab masih diletakkan sebagai sasaran walaupun bangunan telah digunakan sebagai sekolah lebih sedekad dengan maklumat terbuka menyatakan ia sebuah sekolah.

Ini bukan kali pertama senjata yang dilancarkan Amerika Syarikat meragut nyawa orang awam. Pesawat Iran Air 655 ditembak jatuh kapal perang USS Vincennes pada tahun 1988 sehingga mengorbankan 290 nyawa. Iran Air 655 ditembak jatuh kerana disalah anggap kapal terbang yang ingin melakukan serangan ke atas USS Vincennes.

Kesilapan ini adalah yang kedua melibatkan penggunaan sistem AI yang masih belum diuji sepenuhnya di medan perang. Laporan yang ditulis AI hampir menyebabkan tentera Amerika Syarikat menyerang kapal kargo milik China yang disyaki membawa komponen nuklear untuk Iran.

Sumber – Bloomberg

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved