Amerika Menyiasat Sama Ada Cip Huawei Mate 60 Pro Melanggar Sekatan Teknologi

TechnologyDigital
7 Sep 2023 • 9:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei Mate 60 dan Mate 60 Pro dilancarkan di China tanpa sebarang majlis khas atau diumumkan terlebih dahulu. Lebih aneh pada laman rasmi Huawei, maklumat mengenai cip yang digunakan juga dirahsiakan. Hanya beberapa hari selepas ia dilancarkan ia disahkan menggunakan cip Kirin 9000s dan menyokong rangkaian 5G.

image is not available
Huawei Mate 60 Pro

Semalam Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan mengumumkan kerajaan Amerika akan mengkaji cip Kirin 9000s untuk melihat sama ada sekatan teknologi telah dilanggar oleh Huawei dan SMIC. Amerika mengatakan adalah mustahil China mempunyai teknologi yang dibangunkan sendiri untuk cip 7nm.

Kirin 9000s dihasilkan menggunakan teknologi 7nm yang dihalang daripada dieksport ke China sejak sekatan teknologi dikenakan. China hanya dibenarkan mengimport teknologi pembuatan cip 14nm dan ke atas sahaja. SMIC sebagai kilang fabrikasi China terkesan disebabkan oleh halangan ini dan Huawei pula menghentikan pengeluaran cip Kirin mereka dua tahun lalu atas sebab yang sama.

image is not available

Amerika ingin menyiasat sama ada Huawei dan SMIC mengimport teknologi 7nm ini secara rahsia. Sebelum ini menurut Bloomberg, Huawei didakwa membina beberapa kilang cip secara rahsia menerusi syarikat ketiga.

Sekatan teknologi yang dikenakan A.S ke atas China dipertingkatkan di bawah pentadbiran Joe Bidan. Pengeksportan cip kecerdasan buatan (AI), memasukkan syarikat superkomputer China ke dalam senarai entiti dan mengharamkan TikTok pada peranti penjawat awam kesemua dilakukan atas alasan keselamatan negara.