Oppo A38 Kini Di Malaysia Pada Harga RM599

TechnologyDigital
5 Sep 2023 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo A38 telah dilancarkan di Malaysia hari ini pada harga mampu milik RM599 sahaja. Ia hadir dengan skrin 6.56″ LCD HD+ 90Hz, dijana cip Helio G85, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 33W SuperVOOC. Storan boleh ditambah 1TB lagi menggunakan kad mikro SD.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada sensor 50MP f/1.8 sudut lebar yang dipadankan dengan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan pula sensor 5MP digunakan untuk kamera swafoto. Rekaan akan retro kerana skrin mempunyai takuk untuk kamera swafoto ini.

image is not available

Terdapat juga bicu audio 3.5mm dan ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP54. Sistem operasi Colos OS 13.1 berasaskan Android 13 diberikan dengan Oppo menjanjikan ia akan beroperasi dengan lancar sehingga 36 bulan. Di Malaysia Oppo A38 ditawarkan dalam dua warna Black dan Gold.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved