Kongres Amerika Syarikat hari ini mengumumkan akan memperkenalkan RUU yang akan mengharamkan TikTok daripada beroperasi di Amerika sekiranya ia tidak dijual oleh Bytedance. Ini ialah langkah yang sama diambil pentadbiran Donald Trump dan kini akan diteruskan juga di bawah pentadbiran Joe Biden yang membiarkan arahan asal luput beberapa tahun lalu.
RUU yang akan dibentangkan pada hari Khamis memberikan Bytedance tempoh 165 hari untuk menjual perniagaan TikTok mereka di Amerika Syarikat. Selepas tempoh tersebut, stor aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store boleh didenda sekiranya terus membenarkan aplikasi dimuat di Amerika Syarikat. Ini adalah RUU yang cuba dikuatkuasakan oleh Montana tahun lalu tetapi ditolak mahkamah kerana melanggar hak bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.
Our statement on the latest TikTok legislation: This bill is an outright ban of TikTok, no matter how much the authors try to disguise it. This legislation will trample the First Amendment rights of 170 million Americans and deprive 5 million small businesses of a platform they…
TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada waktu ini. Seperti yang dilakukan Trump, kongres menggunakan alasan TikTok mendatangkan risiko kepada keselamatan negara kerana didakwa bersekongkol dengan Parti Komunis China (CCP). Langkah yang dilakukan ini agak mengejut kerana Biden baru sahaja membuka akaun TikTok rasmi beliau beberapa minggu yang lalu.
TikTok telahpun mengeluarkan kenyataan mengatakan RUU baharu ini jika diluluskan melanggar perlembagaan negara dan akan merugikan jutaan perniagaan kecil yang menjana pendapatan menerusi platform mereka.

![“Sedap”- Acik-Acik Jepun Gembira Makan Bihun Goreng Dimasak Lelaki Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)



