Amerika Syarikat Mungkin Menyasarkan Untuk Mengharamkan Firma Dron China, DJI

TechnologyDigital
27 Apr 2024 • 12:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amerika Syarikat telah mula mengharamkan beberapa syarikat teknologi yang berpusat di China untuk beroperasi di negara berkenaan. Sejak daripada Huawei, beberapa syarikat lain turut telah menjadi sasaran, dan paling terkini adalah TikTok.

Mengikut laporan NYT, Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.

Dron DJI kini digunakan meluas di Amerika Syarikat, bukan sahaja oleh pengguna awam, tetapi juga oleh pihak berkuasa disana.

image is not available

DJI dikatakan telah dalam senarai dimana produk diharamkan untuk dibeli oleh tentera Amerika Syarikat – dan dijangka diperluaskan ke agensi persekutuan Amerika Syarikat lain. Disamping itu, ia dikatakan pihak kongres Amerika Syarikat turut sedang pertimbang untuk menghalang perniagaan komersil DJI di Amerika Syarikat – dengan memetik ancaman sekuriti.

Penggunaan dron berkenaan dikatakan mendedahkan pelbagai data kritikal dan informasi yang boleh diakses pihak China. Ia dilaporkan perundangan baharu ini mungkin mengambil beberapa bulan sebelum dibentangkan sebelum melihat hasil daripadanya.

Jadi, adakah kita akan melihat DJI turut diharamkan di Amerika Syarikat selepas ini, lebih kurang seperti nasib menimpa Huawei?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved