Amerika Umum Project Meridian Untuk Pembangunan Teknologi Perang Masa Depan Disertai Elon Musk

WorldTechnology
1 Oct 2026 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOW) mengumumkan Project Meridian yang diwujudkan khusus untuk menghadapi peperangan di masa hadapan. Menerusi Meridian, Amerika ingin mengekalkan kemampuan ketenteraan dengan mengenalpasti teknologi terkini yang boleh digunakan di medan perang.

Ia merangkumi kemampuan di lautan dalam hinggalah ke perbatasan antara bumi dan bulan. Project Meridian akan diketuai oleh CTO DOW Emil Michael dengan ia turut mempunyai pengarah bersama Elon Musk, Palmer Luckey, dan Newt Gingrich. Mereka pula akan dibantu oleh pasukan ahli akademik, pakar industri dan polisi.

Image from: Amerika Umum Project Meridian Untuk Pembangunan Teknologi Perang Masa Depan Disertai Elon Musk

Projek mesti disiapkan dalam tempoh 120 hari dengan hasilnya akan merangkumi laporan akhir yang mengandungi penemuan dan cadangan utama yang boleh diakses secara terbuka serta laporan yang dirahsiakan untuk maklumat yang sensitif.

Penglibatan Musk memberikan petanda Meridian akan menggunakan kepakaran SpaceX untuk sistem yang digunakan di angkasa lepas. Sementara itu penyertaan Palmer Luckey pula petanda sistem dron, se kepala dan sistem kecerdasan buatan akan turut menjadi tumpuan.

Musk sudah bekerjasama dengan Pentagon membangunkan sistem Rocket Cargo untuk menghantar bekalan penting ke perbatasan dengan pantas. Dron dan sistem Anduril milik Luckey pula sudah digunakan di Perang Iran dengan set kepala EagleEye pula dibangunkan untuk infantri Amerika mempunyai rekaan milik topeng Iran Man.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved