Iran mahu perluaskan perang ke Lautan Hindi jika AS serang lagi

WorldPolitics
24 Sep 2026 • 5:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran mahu perluaskan perang ke Lautan Hindi jika AS serang lagi

TEHERAN: Penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei memberi amaran pada Khamis Teheran mungkin memperluaskan perang di Asia Barat ke Lautan Hindi sekiranya Amerika Syarikat (AS) atau Israel melancarkan serangan lagi.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan antara Iran dan AS kekal tinggi, khususnya di sekitar Teluk Parsi, Teluk Oman dan laluan perdagangan maritim utama.

“Ketika konflik telah merebak dari Teluk Parsi dan Selat Hormuz ke Laut Merah, kemungkinan berlaku perluasan lagi medan perang sebagai tindak balas terhadap perang yang berterusan, sehingga ke Lautan Hindi dan mungkin lebih jauh,” kata Yahya Rahim Safavi dalam video yang dikeluarkan agensi berita Iran, Fars.

Pegawai Iran berulang kali memberi amaran sebarang tindakan ketenteraan baharu oleh AS boleh menyebabkan tindakan balas terhadap kepentingan dan aset Amerika di seluruh rantau itu.

Pada Isnin, Pengawal Revolusi Iran (IRGC) turut berkata, pihaknya boleh mengubah strategi serta sasaran ketenteraan jika terus diprovokasi, menurut Associated Press.

Lautan Hindi merupakan bahagian ketiga terbesar daripada lima bahagian lautan dunia, meliputi kira-kira 70.5 juta kilometer persegi atau sekitar 20 peratus permukaan air bumi. Di bahagian utara, lautan itu bersempadan dengan Asia, termasuk India, Iran, Pakistan dan Bangladesh.

Salah satu laluan penting ialah Selat Bab el-Mandeb yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden dan seterusnya Lautan Hindi. Perkapalan melalui laluan itu sudah terjejas akibat serangan serta peningkatan kebimbangan keselamatan.

Situasi itu turut memberi tekanan terhadap Selat Hormuz, laluan sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman.

The post Iran mahu perluaskan perang ke Lautan Hindi jika AS serang lagi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved