Aminuddin Umum DUN Negeri Sembilan Bubar Jumaat, 5 Jun

LocalPolitics
4 Jun 2026 • 11:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Aminuddin Umum DUN Negeri Sembilan Bubar Jumaat, 5 Jun

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkuat kuasa esok, 5 Jun bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Menurut Aminuddin, ini selepas beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sewaktu pertemuan di Istana Hinggap pada jam 8.30 malam tadi.

Pengumuman beliau sekaligus mengakhiri desas-desus mengenai pembubaran DUN negeri itu yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Notis pembubaran dihantar ke SPR pada Jumaat – MB N9

Jelas Amiruddin lagi, notis pembubaran akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga pada esok hari.

 Ini bagi mendapatkan penentuan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

“Pembubaran DUN ini mengembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukan hala tuju pentadbiran negeri melalui pilihan raya.

“Sebelum ini ada pihak yang pada awalnya menyokong Kerajaan negeri dan kemudian menarik balik sokongan,” katanya dipetik Awani.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan yang berlangsung sekitar 11 malam tadi.

PH tanding semua 36 kerusi di N9

Tambah beliau lagi, pembahagian kerusi juga sudah selesai di mana Pakatan Harapan (PH) akan bertanding semua 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Sebelum ini bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To mendakwa isu pembubaran secara automatik boleh timbul jika DUN N9 gagal bersidang dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan perlembagaan negeri.

“Di bawah Perkara LVI(1), tidak boleh dibiarkan enam bulan berlalu antara sidang terakhir dalam satu sesi dengan tarikh sidang pertama sesi berikutnya.”

“Maksudnya, jika sidang DUN sebenar tidak dibuat selewat-lewatnya 10 Jun 2026, Negeri Sembilan berdepan masalah perlembagaan yang sangat serius,” dakwa Eric.

Sebagai info DUN N9 kali terakhir diadakan pada 11 Disember 2025.

Sidang DUN Negeri Sembilan Ke-15 yang dirasmikan Tuanku Muhriz pada 23 April lalu pula telah ditangguh dan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman kemudiannya memaklumkan suatu tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

View Original Article