Amir Jahari diserang netizen, gara2 hantaran minta berhenti idola & agungkan manusia

Music
18 Jun 2024 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Amir jahari diserang netizen selepas memuat naik ciapan meminta orang ramai untuk berhenti idolakan seseorang terutama selebriti.

Ciapan tersebut dimuat naik disaat platform X (dulunya dikenali Twitter) sedang panas dengan pertikaian peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Sitizoners dan warganet.

image is not available

Amir Jahari minta berhenti idolakan manusia

Dalam hantaran itu, pemilik nama Mohamad Amirullah Jahari dilihat memberi pesanan buat peminatnya untuk berhentikan idolakan dirinya.

Bukan setakat dirinya, malah penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak juga berharap agar orang ramai berhenti mengagungkan manusia dengan membuta tuli.

“Kepada mereka yang mengidolakan saya. Berhenti.
“Jangan idolakan dan mengagungkan manusia membuta tulis. Idolakanlah yang selayaknya. Rasullah S.A.W,”ciapnya ringkas.

image is not available

Amir Jahari diserang netizen

Ciapan itu kemudiannya membuatkan segelintir peminat pelatun lagu Bukan Cinta Biasa terkesan dan terus ‘serang’ juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 38.

image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Sumber: X Amir Jahari