[VIDEO] Nak Bagi Selesa Tidur, Netizen Puji Nubhan Bawa Mak Jenny Naik Pesawat ‘First Class’

Entertainment
29 May 2024 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi korang yang kerap melayari content penyanyi Nubhan, pasti tahu bagaimana layanan mesranya terhadap ibunya yang popular dengan panggilan Mak Jenny.

Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Nubhan telah memuat naik video dia dan ibunya menaiki pesawat kelas mewah.

Dalam video itu, Mak Jenny atau nama sebenarnya Badariah Omar dilihat sedang cuba menyesuaikan diri di tempat duduk first class.

Nubhan memberitahu kepada ibunya untuk bersabar dan menyarankan ibunya untuk tidur kerana penerbangan mereka mengambil masa selama 12 jam.

Gelagat dua beranak ini telah meraih perhatian ramai, rata-rata terhibur dengan celoteh Mak Jenny.

Pada masa yang sama, netizen turut memuji cara Nubhan yang sedaya upaya memberi layanan terbaik buat ibunya sepanjang dalam pesawat.

Melihat video itu, netizen meluahkan rasa rindu kepada orang tua mereka dan ada juga menyimpan hasrat untuk berbakti kepada ibu bapa seperti yang dilakukan oleh Nubhan.

image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Nubhan dan Mak Jenny mula trending selepas ramai yang suka melihat gelagat bersahaja seorang ibu dan anak. Difahamkan, mereka menjalankan perniagaan sambal bersama.

Semoga kita semua diberi peluang untuk berbakti kepada ibu bapa hingga ke akhir hayat mereka.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.