Amir Raja Lawak Disaman Awesome TV, Ini Respon Tuan Badan

EntertainmentPolitics
8 Aug 2025 • 4:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia amir raja lawak hutang

Ramai bersimpati bila Amir Raja Lawak dedahkan isu bayaran tertunggak dan sekarang muncul pula satu lagi babak baru, bila pihak yang didakwa mahu menyaman Amir.

Bukan Amir sorang je, dua lagi pelawak iaitu Mamak Puteh dan Abu Mamu turut tersenarai dalam saman yang difailkan oleh pihak Awesome TV atas dakwaan memfitnah syarikat tersebut di media sosial.

Tapi yang paling mencuri perhatian netizen bukanlah tentang saman tu tapi cara Amir respon. Tenang, bersahaja dan penuh ‘deep’!

Amir raja lawak sedang sibuk urus ayah, telefon rosak pula tu…

image is not available

Alhamdulillah. Terima kasih Awesome TV kalau ini harganya untuk penat lelah saya dan kami. Terima kasih banyak-banyak.- Katanya.

Itulah luahan Amir dalam satu hantaran Facebook yang jelas menunjukkan dia tidak gentar langsung dengan tindakan undang-undang ini. Malah, dia bersyukur?

Amir turut kongsikan yang dia sibuk dari pagi kerana perlu uruskan ayahnya yang terpaksa dihantar ke kecemasan selepas jahitan di perut terbuka dan berdarah.

Maaf, telefon peribadi saya rosak tadi, kad SIM tidak dapat digunakan.- Kongsi Amir.

Semuanya bermula dengan tuntutan bayaran…

image is not available

Sebelum ini, Amir menuntut bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 atas penglibatannya dalam satu program di Awesome TV. Mamak Puteh pula mengaku dah lebih tiga tahun tunggu bayaran dan Abu Mamu juga alami situasi yang sama.

Niat mereka mungkin nak minta hak, tapi kini mereka pula yang disaman. Menurut kenyataan rasmi Awesome TV, semua dakwaan yang dibuat oleh ketiga-tiga pelawak itu adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Mereka jelaskan, semua program yang disiarkan di saluran mereka adalah hasil daripada produksi luar. Jadi, soal bayaran kepada artis sebenarnya adalah tanggungjawab syarikat produksi tu, bukan pihak Awesome TV sendiri.

Dibawa sampai ke Parlimen, tapi tak semak fakta?

image is not available

Bukan setakat kecoh di media sosial, isu ni turut dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Namun Awesome TV kurang senang dengan kenyataan itu dan menyifatkan ia dibuat tanpa semakan fakta yang teliti. Mereka harap sebagai wakil rakyat, Syerleena patut lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Disebabkan itu, firma guaman Shafie & Co kini telah diarahkan untuk memfailkan saman fitnah demi mempertahankan nama baik Awesome TV.

Pssttt! Kadang-kadang bila sesuatu isu meletup di media sosial, kita mudah terikut emosi dan cepat buat kesimpulan. Tapi dalam kes macam ni, Ohmedia harap korang sentiasa semak fakta dulu sebelum terus percaya atau menyokong mana-mana pihak. Yang paling penting, kalau ada kontrak atau perjanjian – pastikan semuanya hitam putih, supaya bila jadi isu, tak makan diri sendiri.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.