“Menjejaskan reputasi” – Awesome TV Fail Saman Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu

Entertainment
8 Aug 2025 • 11:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awesome TV membuat kenyataan susulan 3 orang selebriti mendakwa mereka tidak mendapat bayaran selepas projek dengan stesen tv itu selesai.

Awesome Broadcasting Sdn Bhd atau Awesome TV memfailkan saman tersebut terhadap Mohamad Amirullah Azmi iaitu Amir Raja Lawak, Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad (Mamak Puteh) dan Abu Musarrif Abu Bakar (Abu Mamu) kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah sehingga menjejaskan imej dan reputasi stesen televisyen berkenaan.

Dalam hantaran di Instagram Awesome TV, terdapat dakwaan berkenaan menuduh Awesome TV gagal melunaskan bayaran bagi penglibatan mereka dalam program televisyen yang disiarkan.

“Pihak Awesome TV ingin menjelaskan bahawa semua program yang disiarkan di saluran kami diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.

Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu tersebut telah menjejaskan imej serta reputasi Awesome TV,” tulis kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga, isu tersebut didakwa turut dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid tanpa sebarang pemeriksaan dan fakta teliti, sekali gus mengundang salah faham serta memberi gambaran tidak tepat terhadap Awesome TV.

Susulan perkara itu, pihak Awesome TV telah mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman berunsur fitnah terhadap mereka bagi melindungi integriti Awesome TV.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.