Amir Raja Lawak tunjuk bukti perbualan, terkilan Ustaz Tido ‘tunggang’ masalah dihadapi

LocalEntertainment
24 Jul 2025 • 10:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak popular, Amir Raja Lawak tampil mendedahkan rasa kecewanya terhadap tindakan pempengaruh dikenali sebagai Ustaz Tido atau nama sebenarnya, Khailil Razak, yang didakwa menunggang kesusahan hidupnya demi kepentingan sendiri.

image is not available

Amir Raja Lawak kongsi perbualan WhatsApp dengan Ustaz Tido

Menerusi hantaran di Facebook, Amir memuat naik beberapa tangkap layar perbualan Whatsapp antara dirinya dengan Ustaz Tido serta poster promosi yang disunting tanpa persetujuannya.

“Saya malas nak post sebenarnya, sebab akan membantu engagement dia yang mana dia akan buat live niaga si PENUNGGANG ini,” tulis Amir.

Amir Raja Lawak persoal tindakan Ustaz Tido

Menurut Amir, Ustaz Tido pada awalnya menawarkan kerjasama untuk melakukan siaran langsung bersama, namun bertindak memasukkan pautan jualan dalam posting berkaitan – seolah-olah cuba mengambil kesempatan atas kesusahan yang dihadapinya.

“Mula-mula starting dia offer untuk saya buat live dengan dia tapi dalam posting dia dah siap letak link niaga, bukankah dia tunggang kesusahan saya dengan buat posting pertanyaan tapi sambil berniaga?”

image is not available

Dalam keadaan tengah serabut masih ada yang nak ‘tunggang’

Di ruangan komen, ramai netizen menyuarakan rasa simpati terhadap Amir dan menasihatinya agar tidak lagi bekerjasama dengan individu terbabit.

Malah, ada juga yang mendakwa Ustaz Tido sudah beberapa kali berdepan tuduhan sebagai ‘scammer’.

image is not available

Bertenang la Amir, banyak sabar

image is not available

Jangan layan dia Amir

image is not available

Artikel lain: Ini kecemasan! Bapa hidap kanser usus, Amir Raja Lawak tuntut stesen TV segera langsai hutang RM18,000

Tindakan Ustaz Tido yang menggunakan gelaran ‘ustaz’ dalam kandungan media sosialnya turut menjadi perhatian, terutama apabila wujud elemen ‘double meaning’ dalam siaran langsungnya.

Susulan pendedahan itu, nama Ustaz Tido menjadi perbualan hangat netizen yang mahukan lebih ramai selebriti atau individu tampil berkongsi sekiranya pernah melalui pengalaman sama.

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak