“Amira Ada Cakap Dia Tak Nak Sambung Kontrak, Tak Nak Buat Live Atau Konten Berduaan Dengan Fattah Lagi”

EntertainmentLifestyle
10 Sep 2025 • 3:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Threads, seorang individu mendedahkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman pernah menyuarakan hasratnya untuk tidak menyambung kontrak dengan sebuah jenama produk kecantikan sekiranya melibatkan rakan sekerja, Fattah Amin.

Amira enggan teruskan kontrak bersama dengan Fattah?

Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan berkata Amira enggan meneruskan kontrak tersebut kerana bimbang timbul persepsi negatif serta mahu elak sebarang fitnah.

Difahamkan, pendedahan itu dibuat sendiri oleh penyanyi berkenaan sewaktu melakukan live di platform TikTok, baru-baru ini.

image is not available

Maam ada cerita. Ada satu fasa di mana sebenarnya Amira ada cakap dia tidak mahu sambung kontrak, tidak mahu buat siaran langsung (live) atau content berduaan dengan Fattah lagi.

Produk kecantik pujuk Amira

Namun, produk kecantikan tersebut memujuk Amira untuk meneruskan penglibatannya memandangkan semua perancangan dan strategi promo telah dirangka sejak awal.

Bagi menghormati keputusan selebriti tersebut, jenama produk kecantikan itu memanggil orang ketiga untuk sertai live agar dapat menggelakkan sebarang kecaman daripada warganet.

image is not available 2025-09-10 12:25:19

Didakwa Senang Jatuh Cinta Lokasi? Peminat Pertahankan & Beri Senarai Heroin Gandingan Fattah Amin - "Busuk Hati, Jangan Nak Fitnah"