Amira Othman Dah Jumpa Pereka Busana Kahwin? – “Tahniah In Advance”

EntertainmentLifestyle
28 Aug 2025 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas gambarnya bersama seorang pereka fesyen tempatan tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, pereka fesyen berkenaan memuat naik foto bersama penyanyi lagu Bila Nak Kahwin? itu dengan kapsyen ringkas, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

image is not available

Ramai menganggap pertemuan tersebut sebagai petunjuk besar bahawa Amira mungkin sedang membuat persiapan perkahwinan, malah ada yang mengaitkannya dengan spekulasi kononnya dia bakal berkahwin dengan pelakon Fattah Amin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak putus berteka-teki mengenai maksud di sebalik pertemuan itu. Namun, ramai juga yang memilih untuk menitipkan doa agar segala urusan Amira dipermudahkan dan berjalan lancar.

image is not available 2025-08-13 12:00:45

Pakai Sedondon, Peminat Harap Fattah Amin & Amira Othman Berjodohan - "Jaga Dia Baik-Baik"