Amira Othman jelaskan isu hamil gara-gara plot twist baby bump, dedah pernah digelar s*ndal & b*d*h ketika buat Live

EntertainmentLifestyle
10 Mar 2026 • 11:41 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PLOT twist dalam video muzik (MV) terbaharu Bincang Raya nyanyian Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris mengundang spekulasi apabila memaparkan dirinya seakan hamil. 

Namun, penyanyi berusia 33 tahun  mengakui ia sekadar elemen cerita untuk menambah kejutan.

“Saya pun tanya pada suami, Fattah Amin, kenapa buat babak begitu. Katanya itu hanyalah salah satu jalan cerita dalam MV tersebut.

"Tiada  nak ada bagi ‘hint’ apa-apa pun,” ujar Amira ketika ditemui SinarPlus pada sidang media lagu Bincang Raya.

Sejak awal perkahwinannya, Amira mengakui memang sering menerima komen bahawa tubuhnya kelihatan seperti ada ‘baby bump’. 

Bagaimanapun, dia menerima dengan hati terbuka. Bahkan jika ada berita gembira tentang kehamilan, dia dan suami tidak akan menyembunyikannya.

“Insya-ALLAH kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan. 

"Setiap kali nak kongsi sesuatu, kami juga fikirkan tentang keluarga dan nasihat orang-orang alim. 

"Lagi pun bukan kita nak sembunyikan apa-apa, cuma bergantung kepada keadaan,” tambahnya.

image is not available

Selain itu, Amira turut mengulas mengenai komen negatif netizen yang tidak pernah putus sejak dahulu. Penyanyi itu mengakui jarang mengikuti perbincangan di platform media sosial kerana suasananya agak toksik. 

Namun, dia tidak menafikan ada peminat yang tetap menghantar semula komen negatif tersebut.

“Saya memang tak ambil tahu sangat apa yang jadi di Threads sebab saya rasa sangat toksik, tapi sudah tentu ada peminat yang forward. 

"Biasalah, adat menjadi anak seni, ada yang suka dan ada yang sebaliknya. Kalau tak suka, pusing macam mana pun, mesti tak suka. 

"Jadi, saya tak nak terlalu beri perhatian pada perkara negatif, ia akan memenatkan kepala saya,” kata Amira.

Isu cyberbully

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin ini turut menegaskan, isu cyberbully semakin melampau dan tidak sepatutnya dinormalisasikan, walaupun sasarannya adalah individu terkenal.

image is not available

Cyberbully dah melampau-lampau. Tak baik walaupun kita public figure, kita juga manusia. 

"Tegur boleh, tapi guna perkataan baik-baik. Nak kritik, kritik dengan cara yang elok,” katanya.

Amira juga mendedahkan serangan sebegini bukan kali pertama berlaku. 

Malah, dia pernah dihina dengan pelbagai kata-kata kesat ketika membuat siaran langsung.

“Bukan pertama kali mereka serang saya ketika live. Pelbagai perkataan mereka guna… sundal, bodoh dan macam-macam. 

"Tak tergamak nak sebut di bulan puasa. Saya tak pernah respons, tapi kalau nampak, terus sekat,” ujarnya lagi.

Dengan nada tenang namun tegas, Amira jelas menunjukkan bahawa kehidupan sebagai selebriti bukan bermakna harus menerima semua kritikan tanpa had. 

"Sikap positif dan bijak menghadapi komen negatif adalah kunci untuk kekal fokus pada kerjaya dan keluarga," ungkapnya lagi.