Amira Othman terima kejutan ‘bachelorette usrah’, pesanan untuk jadi isteri syurga

EntertainmentLifestyle
9 Sep 2025 • 10:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi wanita, Amira Othman terima kejutan bachelorette usrah daripada rakan-rakan usrahnya sebelum bergelar isteri Ahad nanti.

Amira Othman terima kejutan daripada rakan-rakan usrah

Menerusi hantaran yang dibuat Amira di Instagram, dia telah mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan usrah terutamanya, Betty Rahman atas kejutan yang sangat bermakna.

Ujarnya, usrah tersebut adalah pesanan untuknya sebelum bergelar seorang isteri tidak berapa lama lagi.

“Bachelorette usrah oleh kawan-kawan usrah saya. MasyaAllah baiknya kawan-kawan saya ni.

“Mastermind, Betty Rahman, terima kasih selalu ada dengan mira. Selalu ajak mira pergi class.

“Usrah ni tentang pesanan menjadi isteri syurga,” tulisnya.

Instagram will load in the frontend.

Amira Othman terima kejutan, perkongsian sebelum bergelar isteri

Dalam pada itu, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 31 turut mengucapkan terima kasih diatas perkongsian dan ilmu sebelum berumah tangga daripada ustazah serta rakan-rakan yang terlibat sama dalam bachelorette usrah.

Dia berharap hubungan mereka akan terus kekal sehingga ke syurga kelak.

“Terima kasih ustazah di atas perkongsian ilmu. Terima kasih kawan-kawan syurga saya. Semoga kita berkawan sampai syurga,” katanya lagi.

Alhamdulillah dikeliling kawan-kawan baik

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di media sosial yang kebanyakkannya berasa kagum dengan lingkungan rakan-rakan Amira yang terlihat cukup positif.

image is not available

Sejuk mata memandang

image is not available

Moga jodoh Fattah Amin dan Amira sampai ke syurga

image is not available

Sekadar info, Amira Othman mengejutkan para peminat dan banyak pihak apabila bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak, Fattah Amin pada 14 September 2025.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Fattah sewaktu mengumumkan berita gembira itu ketika majlis pelancaran lagu Amira duet bersama adiknya Irfan Harris, Rasa & Takdir.

Sumber: Instagram amiraothman