Amirudin dilantik Pengerusi MPN Selangor

Politics
4 Aug 2022 • 4:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang baharu. Sementara itu, Timbalan Presiden, Rafizi Ramli pula diumumkan menjadi Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dipersetujui kesemua Ketua Cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam satu mesyuarat yang diadakan pada petang Rabu. “Saya percaya pelantikan ini akan dapat membantu PKR mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. PKR baru sahaja menyelesaikan proses pemilihan kepimpinan baharunya pada Julai lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved