Rafizi Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan, Johor

Politics
4 Aug 2022 • 10:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Wilayah Persekutuan dan Johor. 

Pelantikan tersebut adalah antara pengumuman dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dua mesyuarat berasingan bersama ketua cabang dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

image is not available
Anwar (tengah) mempengerusikan mesyuarat bersama semua Ketua Cabang KEADILAN Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada malam tadi.

Anwar turut mengumumkan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, dilantik sebagai Pengerusi MPN bagi Negeri Sembilan dan Melaka. 

“Saya berharap mereka dapat laksanakan tanggungjawab diamanahkan dan memantapkan gerak kerja PKR mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya menerusi kenyataan. 

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor dilantik sebagai Pengerusi MPN Selangor. 

“Saya percaya pelantikan ini akan dapat membantu PKR mempercepat kesiapsiagaan parti mendepani PRU-15,” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2022