Amirudin, rakyat Selangor doakan kesembuhan Sultan Sharafuddin

LocalHealth & Fitness
31 Oct 2026 • 10:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Amirudin, rakyat Selangor doakan kesembuhan Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM, 31 OKT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Beliau turut menyampaikan doa tersebut bagi pihak seluruh rakyat Selangor.

“Patik bersama seluruh rakyat jelata mendoakan agar DYMM Tuanku Sultan Selangor diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Semoga DYMM Tuanku Sultan dikurniakan a’fiyah,” kata beliau menerusi Facebook malam ini.

Terdahulu Selangor Royal Office menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Sultan Sharafuddin gering akibat dijangkiti virus Influenza A sejak semalam.

Doktor peribadi Baginda memaklumkan gejala jangkitan mula dikesan pagi semalam apabila Baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan.

Berdasarkan penilaian doktor, Baginda berkemungkinan dijangkiti virus berkenaan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.

Sehubungan itu, doktor menasihatkan Baginda supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis bagi tempoh lima hingga tujuh hari bagi membolehkan Baginda pulih sepenuhnya.

Susulan perkembangan kesihatan Baginda, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan.

Kedua-dua istiadat yang sepatutnya berlangsung pada Ahad, 1 November 2026 itu dijadualkan semula pada Sabtu, 7 November 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved