Sultan Selangor gering akibat Influenza A

LocalHealth & Fitness
31 Oct 2026 • 9:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan Selangor gering akibat Influenza A

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah gering akibat dijangkiti virus Influenza A sejak Jumaat lalu.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, gejala jangkitan mula dikesan pada pagi 30 Oktober apabila baginda mengalami demam panas yang tinggi serta lemah anggota badan.

Jelas kenyataan itu, doktor peribadi yang merawat baginda, Datuk Dr. Anuar Onah dan Datuk Dr. Tan Hui Meng memberitahu, Sultan Sharafuddin berkemungkinan mendapat jangkitan itu ketika menghadiri majlis keramaian.

“Berdasarkan penilaian mereka, baginda berkemungkinan mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis keramaian dan berinteraksi dengan orang ramai, termasuk di kawasan terbuka.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan baginda kini beransur pulih namun baginda masih mengalami demam,” kata kenyataan itu malam ini.

Sehubungan itu, doktor yang merawat menasihatkan baginda supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang majlis selama lima hingga tujuh hari bagi pulih sepenuhnya.

Susulan perkembangan tersebut, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan ke hari Sabtu, 7 November.

“Semua pihak yang terbabit dimohon mengambil maklum mengenai perubahan tarikh berkenaan. Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya Allah SWT mengurniakan kesembuhan segera kepada Sultan Selangor serta melimpahkan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada baginda,”menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

The post Sultan Selangor gering akibat Influenza A appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved