Amirudin terus pimpin KEADILAN Selangor, Rafizi ketuai Wilayah Persekutuan

3 Aug 2022 • 8:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 OGOS: Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sepakat menerima pelantikan Dato’ Seri Amirudin Shari terus mengetuai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti itu di Selangor.

Menurut Presiden KEADILAN keputusan mesyuarat bersama Ketua Cabang KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan juga bersetuju pelantikan Rafizi Ramli sebagai pengerusi MPN Wilayah Persekutuan.

“Dalam mesyuarat tersebut kesemua Ketua Cabang di Selangor bersetuju dengan pelantikan Amirudin Shari sebagai pengerusi MPN Selangor.

“Sementara itu semua Ketua Cabang Wilayah Persekutuan pula bersetuju dengan pelantikan Rafizi Ramli sebagai pengerusi MPN Wilayah Persekutuan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan di Facebook.

Beliau juga yakin pelantikan tersebut dapat membantu parti itu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved