Amirudin umum portfolio barisan Exco Selangor

Politics
23 Aug 2023 • 1:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amirudin (tengah) bersama barisan 10 Exco Selangor yang dilantik.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan senarai 10 portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco Selangor) Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) pada Rabu.

Pengumuman portfolio barisan Exco baharu itu diumumkan Amirudin dalam sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pertama di bangunan pentadbiran negeri di sini.

Amirudin memegang lima portfolio Exco bagi penggal ke-15 pentadbiran negeri Selangor.

Selain kekal dengan jawatan Menteri Besar, Amirudin juga menjadi Exco Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.

Ng Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara dilantik Exco Pelaburan Perdagangan & Mobiliti diikuti ADUN Pandan Indah, Izham Hashim sebagai Exco Infrastruktur dan Pertanian sementara ADUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah memegang portfolio Exco Perumahan dan Kebudayaan.

Sementara itu, bekas Speaker DUN, Ng Suee Lim dilantik Exco Kerajaan tempatan dan Pelancongan; ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail sebagai Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan; ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin sebagai Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar.

Empat yang lain ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi sebagi Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan ; ADUN Banting, V Papparaidu sebagai Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan; ADUN Seri Setia, Dr Mohammad Fahmi Ngah sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, manakala ADUN Taman Templer, Anfaal Saari dilantik Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

AKAN MENYUSUL