AMK Pulau Pinang beri amaran, jangan jadikan kes Zara Qairina modal politik

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 10:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menegaskan pihaknya menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mempolitikkan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

image is not available

Wajar beri kepercayaan penuh kepada PDRM siasat Kes Zara Qairina

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan AMK Pulau Pinang, mereka percaya bahawa PDRM menjalankan siasatan dengan telus dan meyeluruh bagi mendapatkan keadilan terhadap pelajar Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha.

“Kepercayaan penuh wajar diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara telus, menyeluruh dan adil sehingga keadilan dapat ditegakkan.

Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan tiada sesiapa akan dilindungi daripada tindakan sekiranya terbukti bersalah, tanpa mengira pangkat, darjat atau kedudukan.

Justeru kita menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mempolitikkan tragedi tersebut kerana nyawa manusia bukan bahan dagangan politik,” katanya.

image is not available

AMK Pulau Pinang ucap takziah kepada keluarga Zara Qairina

Dalam masa sama, AMK turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kes tersebut.


“Kami berdiri teguh bersama keluarga mangsa serta rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan, selain mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.

image is not available

Semalam, media melaporkan sembilan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dihantar ke Sabah bagi mengambil alih siasatan kes berprofil tinggi ini.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital keesokan harinya.

Sumber: Instagram amk.pulaupinang