Ammar Nazhan Dan Aras Akhirnya Mengaku Hanya Lakonan, Tulis Surat Permohonan Maaf Panjang Lebar!

LocalEntertainment
7 Feb 2025 • 5:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
surat permohonan maaf ammar nazhan

Ammar Nazhan dan Aras, tampil membuat permohonan maaf selepas viral dengan konten kontroversi mereka yang mendakwa kehilangan seorang gadis di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh KumparanNews, mereka mengakui kesilapan dan menyesal kerana telah menimbulkan rasa kurang senang kepada ramai pihak lebih-lebih lagi rakyat Malaysia dan Indonesia.

image is not available

Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kami berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Ammar Nazhan dan Aras tulis surat permohonan maaf panjang lebar..

Bukan setakat itu je, mereka juga telah menulis surat kepada pihak polis sebagai permohonan maaf rasmi dan mengaku bahawa kandungan tersebut hanyalah lakonan semata-mata untuk tujuan hiburan.

image is not available

Kami mengakui bahawa itu hanyalah lakonan untuk tujuan hiburan semata-mata dan kami berjanji tidak akan mengulangi perkara yang sama lagi – Katanya

Polis Indonesia dedah konten dibuat demi engagement

Sebelum ini, Ketua Polis Panyileukan, Pesuruhjaya Kurnia mendedahkan bahawa siasatan mendapati kandungan tersebut sengaja dibuat untuk menarik perhatian dan menaikkan jumlah tontonan di TikTok.

Difahamkan, mereka membuat siaran langsung di Kota Bandung, dengan mendakwa seorang pempengaruh wanita Malaysia telah hilang selama 48 jam ketika menjalankan aktiviti paranormal.

image is not available

Pihak polis bagaimanapun menegaskan bahawa Indonesia mempunyai undang-undang ketat terhadap penyebar berita palsu, dan tindakan seperti ini boleh dikenakan hukuman berat.

#ApaKataOhmedia

Apa pun, diharapkan kes ini menjadi pengajaran buat semua pempengaruh dan pencipta kandungan agar lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan bahan tontonan. Tak semua benda boleh dijadikan content semata-mata untuk naikkan engagement!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: KumparanNews & Sinar Harian


The post

appeared first on

.