Edar makanan percuma, netizen dakwa Ammar Nazhan cuba tutup kesalahan

WorldEntertainment
7 Feb 2025 • 4:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Nama YouTuber Ammar Nazhan kini menjadi bualan hangat ramai apabila polis Indonesia mengesahkan berita kehilangan mengenai rakannya yang dikenali sebagai Eyka di dalam hutan di Bandung, Indonesia adalah palsu.

Seolah-olah tenang dengan pembohongan yang dilakukan, dia mengedarkan makanan percuma kepada rakyat Indonesia selepas selesai mengerjakan solat Jumaat, hari ini.

Ammar Nazhan cuba tutup kesalahan

@amnazhan

Salam jumaat semuanya. Kalian di wilayah mana indonesia ? Cuba komen

♬ suara asli - Anggadermawan - Anggadermawan

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat warga tempatan Indonesia beratur demi mendapatkan makanan percuma yang telah dibayar oleh YouTuber itu.

“Kita baru selesai solat Jumaat dengan team saya, jadi kami nak buat sedikit beri makanan kepada penduduk di sekitar kawasan ini,” katanya.

Ammar Nazhan cuba tutup kesalahan

image is not available

image is not available

image is not available

Nak tutup kesalahan ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menuduh Ammar hanya mahu menutup kesalahan yang dilakukannya dan percubaan membersihkan semula nama yang telah tercemar.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada juga yang masih menyokong

Malah, ada juga segelintir netizen memberi kata-kata semangat buat Ammar untuk terus kuat dalam mengharungi ujian dan sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu.

Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz. Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun, penyanyi rap Caprice mengesahkan kejadian itu adalah tidak benar semata-mata selepas dimaklumkan oleh pihak agensi bakat yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.

image is not available

Tidak berdiam diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut selain memohon segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan tidak benar yang hanya mengundang kekeliruan serta salah faham orang ramai.

Pun begitu, segala spekulasi akhirnya terjawab apabila Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia sebenarnya berlakon dan konten semata-mata.

Terbaharu, Ammar dan Aras tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya.

image is not available

Sumber: