Ammar Nazhan tak teragak-agak cari & saman pihak buat tuduhan tanpa bukti

25 Sep 2023 • 6:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

YouTuber, Ammar Nazhan tampil menjawab tohmahan yang mendakwa bahawa dia tinggal serumah dengan bukan muhrim dan melakukan pelbagai hal yang mengganggu kawasan kejiranan di kediaman yang dijadikan studio membuat konten.

Ammar Nazhan nak saman

Menurut Ammar dalam Insta Story miliknya, dia tidak teragak-agak untuk mengemukakan saman ke atas mana-mana pihak yang membuat tuduhan palsu ke atas dirinya tanpa sebarang bukti.

 

image is not available

Tuduh pihak keluarkan cerita bayar media

Dalam pada itu, YouTuber berkenaan juga mengatakan bahawa individu yang tidak berpuas hati dengannya telah membayar pihak media bagi menyebarkan tuduhan palsu kepadanya.

“Bayar media semata-mata nak usik emosi. Best kan dunia ni. Tak suka Am buat tuduhan. Cari orang follower ramai sikit, bayar paid. Mewakili rakan untu sebar berita palsu haha.

Takpe, benda ni mudah Am ambil tindakan kalau tak terbukti,” tulisnya lagi.

image is not available

Luahan jiran yang tak tahan dengan sikap YouTuber & team

Terdahulu, menerusi Facebook Mohd Fadli Salleh, dia telah berkongsi beberapa tangkapan layar perbualan mesej dengan salah seorang jiran kepada YouTuber dipercayai Ammar Nazhan yang mengeluh dengan pelbagai masalah melibatkan individu tersebut serta rakan-rakannya.

Walaupun sudah menegur mereka secara berdepan, namun tidak ada sebarang perubahan dan masing-masing seperti tidak menghormati jiran tetangga.

image is not available

 

image is not available

Sumber: Instagram Ammar Nazhan, Facebook Mohd Fadli Salleh