“Duduk dengan awek serumah tanpa nikah” – Jiran Bengang Ammar Nazhan ‘Buat Hal’, Siap Ada Kes Polis

Entertainment
25 Sep 2023 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang mengikuti perkembangan di media sosial, korang pasti pernah dengar tentang Ammar Nazhan, seorang Youtuber terkenal yang mana video-videonya sangat digemari remaja zaman sekarang.

Tak lama dulu, Ammar pernah dikritik sebab hasilkan content tidak bermoral yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Kali ini nama Ammar Nazhan sekali lagi jadi sebutan kerana dikatakan mengganggu ketenteraman jiran sekeliling. Pulak dah!

image is not available

Duduk serumah dengan awek, tak hormat jiran

Menerusi perkongsian Mohd Fadli Salleh di Facebook, dia telah memuat naik luahan jiran kepada YouTuber berkenaan akan onar yang telah dilakukan Ammar dan rakan-rakannya.

Menurutnya, Ammar didakwa telah duduk serumah dengan teman wanitanya tanpa bernikah dan mereka juga tidak menghormati jiran setempat serta kerap bergaduh dengan pengawal keselamatan di kawasan tersebut.

Duduk bersama awek serumah tanpa nikah, tak hormat privacy jiran, nak buat studio kat situ, tak bayar hutang orang sampai orang ke rumah minta hutang, staff biadab yang asyik bergaduh dengan guard, jam 1:30 pagi dok prengg kereta exhaust bising, parking kat rumah orang, berdua-duaan dalam gelap kat taman dan macam-macam hal lagi.

“Dia duduk Lakefront Villa. Tempat orang-orang kaya duduk.

“Orang berada ni sanggup beli rumah berjuta sebab nak tenang, nak privacy, nak rehat,” katanya.

image is not available

Menurut jirannya lagi, Ammar Nazhan juga didakwa terpalit dengan kes pecah amanah sehingga melibatkan kes polis.

Tak cukup dengan itu, dia juga dikejar pemiutang dan para jiran bengang dengan tindakannya yang sesuka hati parking di rumah jiran, siap hisap vape lagi depan rumah jiran tu! Amboi…

image is not available

image is not available

“Dik, kau kaya, kau banyak duit orang sikit pun tak heran”

Mohd Fadli yang bersimpati dengan nasib jiran YouTuber berkenaan memberi teguran agar remaja lelaki ini dan rakan-rakannya bersikap lebih bertimbang rasa dengan orang sekeliling dan belajar untuk menghormati jiran.

Meskipun YouTuber ini ‘berduit’, ia tidak bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga membuatkan orang sekeliling susah.

Datang budak YouTuber baru nak merasa pegang duit banyak sikit, buat hal kat perumahan mewah. Marah la penduduk setempat yang lama dah duduk aman damai.

“Dik. Kau kaya, kau banyak duit orang sikit pun tak heran. Ramai lagi orang jauh lebih kaya dari kau.

“Adab tu paling penting dan utama. Duduk hidup setaman, kena la bertolak ansur, hormati jiran tetangga, patuhi hukum agama.

“Nak bebas melalak buat hal sendiri, beli tanah 4 ekar, buat banglo dalam tu dan pagar kasi tinggi tak ganggu orang lain. Haa, lantak kau kat situ nak buat apa. Bab dosa pahala tanggung sendiri,” katanya.

Perkongsian ini juga telah mendapat perhatian netizen yang risau dengan minat remaja zaman sekarang yang suka menonton video tidak berfaedah daripada YouTuber tersebut.

Kita tunggu pula penjelasan dari Ammar Nazhan sendiri. Betul ke korang buat kacau sampai jiran stress ni?

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.